SPM MAKIN HAMPIR...SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2011...SEMOGA WARGA PELAJAR SMES SUKSES SELALU..KAMI SEMUA GURU SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Rabu, 9 November 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
Rabu, 21 September 2011
GURINDAM JIWA
Gurindam Jiwa
( L )
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P )
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( korus )
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
Mari Kenali Apa Yang ada di PSS
Kamus
Kamus
merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti
definisi, makna, asal-usul, sebutan, suka kata, tatabahasa, penggunaan dan
kedudukan semasa dalam susunan berabjad.
Buku
Rujukan Khas
Buku-buku
Rujukan Khas memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus
untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci
mengenai satu cabang ilmu sahaja. Antara buku rujukan khas adalah :
Abstrak
Abstrak
adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan
ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan
yang sama dengan dokumen yang asal.
Bibliografi
Bibliografi
merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat di
bahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.
Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa
jilid dan mengandungi keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu
perkara atau bidang yang berkenaan.
Glosari
Glosari merupakan satu senarai keterangan
tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta
takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Apabila pembaca membaca sesebuah buku, banyak perkataan baru akan ditemui.
Untuk memahami maksud perkataan-perkataan tersebut, pembaca boleh merujuk
halaman glosari di bahagian akhiran buku bukan fiksyen. Halaman glosari akan
menerangkan maksud perkataan-perkataan baru yang terdapat dalam buku yang
dibaca. Halaman ini mengandungi perkataan-perkataan yang penulis anggapkan baru
kepada pembaca atau perkataan yang mempunyai makna tertentu di dalam buku yang
ditulis oleh pengarang.
Indeks
Satu senarai petunjuk yang disusun secara
berabjad mengenai sesuatu maklumat seperti perkataan atau topik.
Istilah
Perkataan yang mempunyai makna yang khas
dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.
7 Tips Menghadapi Peperiksaan
Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi
menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir
ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir
diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon
akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda
telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal
atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan?
Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi
mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta
ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus
membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun
terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan
soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan
berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar
pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau
kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan
sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi
semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting
yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara
boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali
mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan
khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha
serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda
seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di
mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum
ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan
diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah
keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh
menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda
sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada
ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan
tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki
peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu
perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada
dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh
dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur
hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan,
seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda
seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan
mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah
dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak
dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan
penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan
peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari
peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam
hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat
menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun
dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun
pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan
saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa
menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak
dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan,
anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu
sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda
tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda
mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa
gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi
anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan,
jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu
banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan
soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan
diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif,
ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat
penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama
dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan
betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang
diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum
kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam
memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan
sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu
ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan.
Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu
akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah
menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang
dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan
perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang
semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan
berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan
berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan
mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi
apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan
solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan
dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak
yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak
seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat
persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal
kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja
untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh
digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi
peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas,
pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk
menghadapi ujian itu nanti.
Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ?? Jomm…Mai kongsi bersama cikgu..he he he…
ISU BULI
MEMBULI
Apa itu membuli?
|
Mengapa ada pembuli
Beberapa faktor boleh menyumbangkan kanak-kanak remaja menjadi pembuli, mereka termasuklah:
Beberapa faktor boleh menyumbangkan kanak-kanak remaja menjadi pembuli, mereka termasuklah:
- Faktor keluarga:
- Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa
- Cara disiplin yang tegas
- Kurang perhatian ibu bapa
- Sikap ibu bapa yang mendera
- Faktor remaja:
- Sikap yang mendesak
- Sikap panas baran
- Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah
- Menjadi mangsa penderaan fizikal - didera atau dibuli
- Faktor sekolah:
- Tiada campur tangan dalam mengatasi kes buli
- Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli
- Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai
- Moral yang rendah di kalangan guru-guru
Mengapa dibuli?
Kebanyakan remaja dibuli jika mereka:
Kebanyakan remaja dibuli jika mereka:
- Keadaan fizikal yang kecil dan lemah
- Merasa tidak selamat
- Malu
- Kurang keyakinan diri
- Tiada sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru
- Mencederakan secara fizikal
- Contoh: Memukul, menumbuk atau menendang
- Mencederakan secara emosi
- Contoh: Memanggil nama tidak elok, menyebarkan khabar angin atau mencaci
- Sengaja memecahbelahkan antara satu sama lain dari kumpulan
- Merosakkan harta benda
- Memberitahu orang lain supaya jangan berkawan dengannya
Bagaimana anda mengenali seseorang yang dibuli?
Seseorang yang dibuli sering kali:
Seseorang yang dibuli sering kali:
- Merasa takut untuk pergi ke sekolah
- Hilang barang-barang kepunyaannya
- Merasa sangat bimbang
- Hanya ada sedikit kawan
- Menunjukkan kemerosotan di sekolah
- Balik ke rumah dengan pakaian koyak atau cedera
Bolehkah pembuli ditolong?
Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri seseorang. Pembuli boleh dibantu dengan membuatkan mereka:
Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri seseorang. Pembuli boleh dibantu dengan membuatkan mereka:
- Mengakui itu adalah masalah
- Menyedari akibat daripada tindakannya
- Menukar tingkah laku yang tidak elok
- Belajar cara menangani kemarahan dan kekecewaan
- Jumpa penasihat sekolah, guru agama atau doktor
- Elak situasi di mana anda berseorangan dengan pembuli
- Sentiasa keluar secara berkumpulan
- Bersikap berani, jika anda takut:
- Berdiri tegak dan lurus
- Lihat pembuli dengan mata
- Jika berhadapan dengan kumpulan buli:
- LARI!!! - perbuatan ini tidak memalukan
- Dapatkan pertolongan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai
Apa yang akan berlaku jika anda tidak mendapatkan pertolongan?
Pembuli akan berakhir dengan:
Pembuli akan berakhir dengan:
- Dibuang sekolah
- Susah mendapat kawan
- Tidak boleh mematuhi peraturan dan undang-undang
- Masalah psikiatri. Contoh: personaliti antisosial
Mangsa akan menderita akibat:
- Mengelak untuk hadir ke sekolah
- Keputusan prestasi di sekolah yang merosot
- Meningkatkan rasa ketakutan dan kebimbangan
- Membuatkan mereka bertingkah laku sebagai seorang pengecut
- Perasaan tidak menentu
- Harga diri yang rendah
- Kemurungan
- Membawa kepada perasaan ingin membunuh diri
Di mana boleh mendapatkan pertolongan?
Sama ada pembuli atau pemangsa, bantuan boleh diperoleh dari:
Sama ada pembuli atau pemangsa, bantuan boleh diperoleh dari:
- Bercerita kepada orang yang anda percaya, contoh:
- Ibu bapa
- Penjaga
- Kaunselor sekolah
- Guru agama
- Cari seseorang yang boleh:
- Mendengar
- Menghiburkan hati
- Mampu memberi nasihat
ATAU
Minta nasihat daripada:
Minta nasihat daripada:
- Doktor
- Pakar Psikologi
- Pakar Psikiatri
Menu Sihat
Menu Sihat
Apakan dia menu sihat
- Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu tersebut.
- Contoh menu yang dicadangkan contoh menu.
Bagaimanakita menyediakan menu sihat
- Rancang menu kita
- Memasak makanan yang sihat
- Ubahsuai resepi kita
Bagaimana kita merancang menu
- Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
- Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayam-itik) dan protein tumbuhan (kekacang).
- Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren), bayam (hijau) dan labu manis (kuning).
Bagaimana kita memasak dengan sihat
- Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
- Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
- Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
- Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
- Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
- Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
- Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
- Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan
Bagaimana kita mengubah suai resepi
- Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan
- Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair
- Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
- Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.
Selasa, 20 September 2011
Amalan Membaca Amalan Mulia
Jadilah dirimu sebagai hamba yang kaya dengan ilmu...
KAEDAH MENDIDIK ANAK-ANAK
7 kaedah mendidik anak cemerlang dr Dr Fadzilah Kamsah
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang,
ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh
ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah
tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak
yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak
bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik
dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak
berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan
bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu
bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan
dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh
Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan
sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka
boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan
maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan.
Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu
diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka
benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara
bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.
Peribahasa Ting.5
Senarai
Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5
1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..
13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
28. batu penghalang
Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.
- (Sumbangan seorang pelajar dari KL yang tidak mahu dikenali. Terima kasih)
Peribahasa Ting. 4
Senarai
Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4
1. Bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.
10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang
13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
Isnin, 19 September 2011
Eduewb TV Version 2.0
TUJUAN EDUWEB TV
Banyak memberi manfaat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.
Pengawas PSS Wakil Pidato
Jualan Sate 1Malaysia
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Di Sebalik Kuning Hitam dan Putih
Selamat Datang Ke PSS
Perubahan Baru Bermula
Inilah permulaan 2011, kerja mengubahsuai pintu utama telah pun berjaya dilakukan..Bangunan yang sudah tua di makan usia....diharap dapat memberi sinar baru kepada semua Warga SMES..
Label:
Fizikal 1
Lokasi:
Sungkai, Perak, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)